Kaotim Legasi

Manfaat Utama

Kelulusan segera

Kelulusan segera

Tiada pemeriksaan kesihatan

Tiada pemeriksaan kesihatan

Perlindungan tambahan untuk penyakit kritikal

Perlindungan tambahan untuk penyakit kritikal

Kelayakan

Pelan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 5 hingga 70 tahun.

Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 19 tahun jika memohon untuk anak anda. Umur kelayakan ini adalah berdasarkan umur pada hari jadi yang akan datang.

Tunggu apa lagi? Dapatkan sebut harga sekarang!

Soalan Lazim

Siapa yang boleh memohon pelan ini dan apakah umur kemasukan yang layak?

+

Individu warganegara Malaysia yang berumur 19 tahun pada hari lahir akan datang hingga 70 tahun pada hari lahir akan datang boleh memohon untuk pelan ini. Sebagai ibu bapa, anda juga boleh memohon pelan ini untuk anak anda yang hendaklah berumur sekurang-kurangnya 5 tahun pada hari lahir akan datang hingga 18 tahun pada hari lahir akan datang pada masa pendaftaran.

Adakah terdapat sebarang pengunderaitan untuk pelan ini?

+

Ya, anda dikehendaki menjawab soalan pengunderaitan dalam talian semasa proses pendaftaran. Sebut harga caruman akhir akan bergantung pada pekerjaan dan keadaan kesihatan orang yang dilindungi.

Berapakah caruman yang perlu saya bayar?

+

Amaun caruman berbeza mengikut jumlah perlindungan, tempoh perlindungan, jantina dan umur orang yang dilindungi. Bebanan caruman tambahan mungkin dikenakan bergantung pada pekerjaan dan keadaan kesihatan orang yang dilindungi. Anda perlu memastikan bahawa caruman yang perlu dibayar untuk pelan ini adalah dalam lingkungan bajet anda. Caruman akan kekal sama sepanjang tempoh perlindungan.

Adakah saya akan mendapat kembali bayaran jika saya menyerahkan sijil saya?

+

Jika anda membatalkan sijil anda dalam 15 hari tempoh penelitian percuma dari tarikh kuat kuasa perlindungan, jumlah caruman relevan yang anda bayar akan dikembalikan. Walau bagaimanapun, jika anda membatalkan selepas 15 hari tempoh penelitian percuma, anda tidak akan menerima sebarang bayaran balik dan perlindungan anda akan berhenti pada tarikh caruman patut dibayar yang akan datang.

Bolehkah saya mendapatkan pelepasan cukai apabila saya menyertai pelan ini?

+

Ya, pelan ini layak untuk pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Penyata Cukai Pendapatan boleh dimuat turun di Portal myTakaful Customer. Sila rujuk langkah yang berikut:
1. Log masuk ke Portal myTakaful Customer.
2. Klik pada sijil yang diingini di bawah seksyen “Family”.
3. Klik pada butang “Statement” pada atas laman web.
4. Teruskan untuk memuat turun dan mencetak penyata tersebut.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (lawati https://www.pidm.gov.my).

Muat Turun Dokumen

Helaian Penerangan Produk
Sijil
Risalah
Soalan Lazim

Bantuan & Sokongan

Kira jumlah perlindungan takaful yang anda dan keluarga perlukan.

Klik di sini
Perlukan Bantuan?