Manfaat Utama

Diskaun 10% Serta Merta

Diskaun 10% Serta Merta

Khidmat Tunda Akibat Kerosakan Secara Percuma Sehingga 30KM

Khidmat Tunda Akibat Kerosakan Secara Percuma Sehingga 30KM

Perlindungan Untuk Semua Penunggang Yang Dibenarkan

Perlindungan Untuk Semua Penunggang Yang Dibenarkan

Kelayakan

Individu berumur dari 16 hingga 80 tahun.

Motosikal persendirian berusia kurang dari 15 tahun dengan perlindungan komprehensif sahaja.

Tunggu apa lagi? Dapatkan sebut harga sekarang!

Soalan Lazim

Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan?

+
Produk ini melindungi:
1. Kerugian atau kerosakan ke atas motosikal anda disebabkan oleh kemalangan, kebakaran atau kecurian.
2. Liabiliti anda atau liabiliti penunggang yang diberi kuasa terhadap pihak ketiga bagi:
- Kecederaan tubuh badan dan kematian; dan
- Kerugian atau kerosakan harta benda.

Bolehkah saya menambah manfaat tambahan kepada produk ini untuk melindungi mogok / rusuhan dan lain-lain?

+
Ya, anda boleh memasukkan perlindungan tambahan berikut di bawah produk ini:
1. Bike PA Plus;
2. Kemasukan Peril Khas;
3. Liabiliti Undang-undang kepada Pembonceng;
4. Mogok, Rusuhan & Kekecohan Awam.

Apakah itu Bike PA Plus?

+
Bike PA Plus menyediakan perlindungan kemalangan peribadi untuk anda atau penunggang anda yang dibenarkan menunggang atau turun dari motosikal anda terhadap kematian atau keilatan kekal akibat kemalangan jalan raya.

Bagi peserta yang beragama Islam, manfaat-manfaat tersebut boleh digunakan untuk tujuan Badal Haji dan Korban.

Bolehkah saya meminta bantuan kerosakan lebih daripada sekali?

+
Ya, anda boleh menghubungi pembekal perkhidmatan kami untuk sebarang bantuan kerosakan berikutnya, tetapi semua kos yang ditanggung akan ditanggung oleh anda. Kami hanya akan melindungi bantuan kerosakan kali pertama sahaja sepanjang tempoh takaful.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

Muat Turun Dokumen

Helaian Penerangan Produk
Sijil
Soalan Lazim
Risalah
Perlukan Bantuan?